Sunday, January 24, 2010

Ciri-ciri Adat Temenggung

-Sistem kekeluargaan-

Dalam sistem Adat Temenggung, sistem kekeluargaan bercorak seimbang iaitu kedudukan keluarga sebelah ibu dan bapa sama penting. Adat Temenggung membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Larangan perkahwinan dikenakan berdasarkan hukum syarak termasuklah berkahwin dengan orang yang mempunyai pertalian darah, perempuan yang bersaudara, orang yang bukan beragama Islam, saudara sepersusuan dan perempuan yang dicerai setelah perempuan itu berkahwin dan bercerai dengan suami yang lain.
Pengelompokan masyarakat tidak wujud dalam Adat Temenggung. Dengan kata lain, dalam susunan Adat Temenggung tidak terdapat sistem yang bercorak kesukuan seperti Adat Perpatih. Sebelum perkahwinan diadakan, upacara peminangan akan diadakan terlebih dahulu. Jika persetujuan telah dicapai dalam proses peminangan, maka persetujuan itu akan diikatkan dengan peraturan adat. Jika satu pihak itu mungkir janji, maka hendaklah dibayar ganti rugi mas kahwin dan wang hantaran. Manakala jika pihak perempuan mungkir janji, maka harus dipulangkan hadiah pertunangan dan bayaran ganti rugi yang dipersetujui.
Dalam Adat Temenggung, kaum lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa. Adat Temenggung memberi keutamaan yang sama kepada pihak lelaki dan perempuan, tetapi pihak lelaki dilebihkan mengikut hukum syarak.

-Sistem pewarisan harta-

Mengikut sistem Adat Temenggung, lelaki berhak mewarisi harta yang lebih banyak daripada wanita. Dengan kata lain, jurai sebelah bapa lebih diutamakan. Jika berlaku perceraian, pembahagian harta antara suami dan isteri akan dilaksanakan mengikut hukum syarak. Adat Temenggung menjelaskan bahawa harta yang didapati semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian yang kebiasaannya berkaitan dengan tanah. Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara sama rata. Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka ia berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja. Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka si suami mestilah menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian haruslah dibahagi. Senjata dan alat-alat daripda besi diberi kepada suami dan peralatan rumah menjadi milik isteri. Pihak isteri juga berhak mendapatkan rumah atau kebun, manakala hutang-hutang dan cukai-cukai kepada suami.
Sebaliknya, jika penceraian disebabkab oleh perangai buruk isteri, maka si isteri hanya kehilangan tempat tinggal dan undang-undang menetapkan bahawa si suami harus membayar sejumlah tertentu emas. Jika penceraian anatara suami dan isteri disebabkan isteri meminta cerai kerana tiga kali mendapati perangai buruk suami dan telah berjaya mendapatkan cerai, isteri tersebut harus menebus dirinya dengan memulangkan tempat tinggal, sementara harta yang berpindah milik terserah kepada suami.

-Sistem pemerintahan-

Dari segi pemerintahan, Adat Temenggung mengamalkan sistem pemerintahan yang bercorak autocrat iaitu raja mempunyai kuasa mutlak. Raja dilantik berdasarkan keturunan dan perlantikan dilaksanakan menerusi upacara pertabalan. Seseorang raja yang mangkat akan digantikan oleh puteranya yang sulung. Jika raja tersebut tidak mempunyai putera, hak pewarisan takhta akan jatuh kepada adinda lelakinya. Namun, jika kedua-duanya tiada barulah Raja Bendahara akan dilantik menjadi Sultan.
Menerusi Adat Temenggung, raja-raja Melayu diperuntukkan dengan keistimewaan khas seperti unsur daulat dan derhaka yang tidak boleh dinikmati oleh golongan lain. Raja-raja dipercayai mempunyai kuasa sakti dan sesiapa yang melanggar perintah raja akan menerima hukuman yang berat, termasuklah hukuman bunuh. Adat Temenggung juga menperuntukkan kuasa kepada golongan pembesar. Bendahara merupakan ketua tadbir tinngi selepas kuasa raja. Bendahara kebiasaannya terdiri daripada kerabat diraja. Laksamana pula merupakan pegawai yang bertanggungjawab menjaga keamanan khususnya di lautan. Bendahari pula bertugas sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kewangan negeri. Syahbandar pula menjaga pelabuhan dan seterusnya hulubalang yang merupakan ketua perajurut. Hulubalang biasanya terdiri daripada tokoh-tokoh perajurut yang pintar dan cekap dalam teknik peperangan.
Jajahan pula ditadbir oleh pembesar-pembesar kerajaan yang ditugaskan untuk memungut cukai dan menjaga keamanan di daerah-daerah. Biasanya pembesar yang berkuasa akan dilantik dalam kalangan kerabat diraja yang bergelar Tengku. Jawatan yang terakhir dalam sistem Adat Temenggung ialah Penghulu. Penghulu berperanan dalam mentadbir kampung dan sekaligus berperanan dalam membantu pembesar di jajahan.

-Pelaksanaan Undang-undang-

Dari segi pelaksanaan undang-undang, Adat Temenggung meletakkan undang-undang bagi tujuan menghukum dan berpegang kepada prinsip pembalasan. Ini bertujuan memberi amaran dan iktibar kepada orang lain serta member pembalasan kepada pesalah. Adat Temenggung memperuntukkan suatu hukuman yang keras dan kaedah ini dianngap akan meninggalkna kesan kepada orang lain.
Hukuman mati adalah hukuman yang paling berat dan hukuman ini dijatuhkan terhadap kesalah membunuh, memfitnah atau menderhaka kepada raja.Namun, hukuman ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya tetapi diubahsuai mengikut keadaan masyarakat setempat serta memerlukan bukti yang kukuh terhadap sesuatu kesalahan. Misalnya, hukum Kanun Melaka memberi kelonggaran hukuman bagi seseorang yang mencuri sedikit wang daripada dibunuh kepada dipotong tangan sahaja.
Dari segi prosedur membuktikan kesalahan, undang-undang dalam Adat Temenggung memerlukan bukti yang berbentuk keterangan yang disokong dengan butir-butir yang terperinci untuk membuktikan seseorang itu bersalah atau sebaliknya. Dari segi kuasa menjalankan sesuatu hukuman terletak pada Sultan, semua pembesar dan termasuk penghulu. Namun, bagi kesalahan yang serius atau jumlah dendanya melebihi $ 25.00, hanya Sultan berhak membuat keputusan.

3 comments:

  1. good information ..
    apew kta awk buat tntg adat perpatih plak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat pepatih secara zahirnya boleh dibahas dan dihuraikan, secara batinnya hanya boleh sekadar rigkasan, kerana ianya melibatkan IBU... setiap yang zahir di muka bumi pasti beribu, termasuk unggas, serangga dsb seperti anai-anai, lebah, semut dsb. Begitu juga dengan manusia dan haiwan dan tidak kecuali perkara yang tersurat dan tersirat...Al Quran pun beribu...dalam hal ini siapa IBU ADAM dan HAWA??? Usah disoal siapa ayahnya sebab bagi Nabi Isa AS jika diajukan soalan itu pada baginda sudah pasti baginda menempelak anda sebagai kurang akal dan jika ditanya pada kulat, anai-anai, lebah dan semut...apa pula jawapan mereka??? Adat pepatih adalah adat yang menjunjung AHLUL-BAIT atau NASAB IBU... pemegang rahsia diatas kekeliruan yahudi laknatullah dan kecelaruan umat Islam di 4 penjuru dunia. Putera Ahlul-Bait dari Nasab Ibu dan Putera tiada berbapa akan meleraikan kekusutan serta menunjukkan jalan yang lurus dari kesesatan yang dibawa oleh ayah.

      Delete
  2. BAIT bermaksud Matrilineal atau NASAB IBU. BANI bermaksud Patrilineal atau NASAB BAPA. Dalam konteks Rasulallah SAW ianya lebih menjurus ke arah AHLUL-BAIT bermaksud AHLI RUMAH secara zahiriah dan RUMAH MENYIMPAN SOLBI secara rohaniah, ianya merujuk pada Isteri-isteri, Puteri-Puteri, Cucunda-Cucunda Perempuan Rasulallah SAW, Cicit-Cicit Perempuan dan seterusnya. Dato' Papatiah Nan Sabatang mengambil kira berberapa faktor didalam menetapkan Nasab, antaranya mengelakkan dari mendahului Rasulallah SAW memandangkan nasab bapa baginda telah terputus sebab ketiga-tiga putera baginda wafat muda, selain dari itu memandangkan Nasab ibu dibawa kemati sepertimana apabila dibacakan talkin pada simati akan disebut simati bin/binti IBU simat, nasab bapa tiada membawa apa-apa faedah bagi Nabi Isa AS, Nabi Allah Adam dan Siti Hawa. Yang paling utama apabila memandangkan anak mukjizat atau putera Ahlul-Bait lahir dari keturunan sebelah Nasab Ibu, lebih dari itu bertujuan menjunjung sunnah Rasulallah SAW yang meletakkan nasab ibu tiga peringkat lebih tinggi dari nasab ayah selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU. Sandaran umat Islam pada tunggak 'SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. Nasab bapa cuma sekadar salasilah keluarga iaitu ibni/bin/binti yang hanya tinggal kosong di dunia. Banyak kali Rasulallah SAW berpesan supaya menjaga Ahlul-Bait baginda dan juga menyebut 1 anak perempuan itu bagus, 2 lagi bagus dan 3 ke atas lebih bagus, kerana yang pastinya Muhamad ibni Abdullah atau Al Mahadi akan lahir dari sebelah nasab ibu keturunan baginda dan akan diiringi oleh 313 pemuda dari nasab tahap 4 bani/bin/ibni atau keluarga Tamim serta dituruti oleh putera yang beribu tanpa bapa Isa Al' Masih. Kesimpulannya nasab bapa hanya sekadar menabur benih di telaga kalkausar dan perginya ke lautan kamarullah penyimpan solbi...sekadar nasab melepaskan kentut.

    ReplyDelete